BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 15, 2010

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja meransang murid-murid secara sosial, bahkan secara intelek.

Antara model yang terkandung dalam kumpulan model sosial adalah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

PEMBELAJARAN KOPERATIF
  • Melalui kerja kumpulan bersifat koperatif, murid-murid belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul.
  • Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang.

MAIN PERANAN
  • Main peranan membantu murid-murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan..

SIMULASI
  • Simulasi menggabungkan maklumat menganai sesuatu kemahiran.
  • Simulasi penting kerana membantu murid melihat perwakilan objek yang sebenar.



Sunday, August 8, 2010

MODEL PENGAJARAN PERSONAL


Model ini menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. pelajar-pelajar diberi peluang meluahkan idea dan kreativiti.

Contoh:
SYNETICS
Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Implikasi model pengajaran ini terhadap pengajaran di dalam bilim darjah adalah:
  • Murid-murid akan mengikut satu siri bengkel dan sehingga mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.






TOKOH-TOKOH TEORI PENGAJARAN DAN MODEL PEMBELAJARAN

Carl Roger adalah salah seorang pemikir bagi teori pembelajaran humanisme.



Albert Bandura merupakan pengasas teori pembelajaran sosial


Jean Piaget merupakan pemikir teori pembelajaran kognitif



Ivan Pavlov merupakan pelopor teori pengajaran bahavioris.


B.F Skinner juga merupakan pelopor teori pembelajaran behavioris















Saturday, August 7, 2010

MODEL BEHAVIORAL

- Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.

- Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.
-Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

Antara contoh pengajaran model behavioral adalah:

PENGAJARAN LANSUNG.

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi pengajaran ini terhadap bilik darjah adalah:
  • Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

View Image



PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.
Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:
  • Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.
View Image





Friday, August 6, 2010

CONTOH MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


INKUIRI
Dalam model ini, murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah:
  • Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap ilmu yang dipelajari.



EKSPOSITORI

Murid akan menerima isi pelajaran daripada guru.
Implikasi terhadap pembelajaran dalam bilik darjah adalah:
  • Murid tidak digalakkan untuk bertanya dan menyoal tentang isi pelajaran. Mereka hanya pelajari apa yang patut dipelajari sahaja.




Thursday, August 5, 2010

MODEL PENGAJARAN

Selasa:3/8/2010


  • MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  • MODEL BEHAVIORAL
  • MODEL PERSONAL
  • MODEL SOSIAL
Model Pemprosesan Maklumat

1)Jangka pendek
2)Jangka panjang

Ingatan
-Proses menyimpan perkara yang telah dipelajari
-Mengeluarkan dalam situasi yang diperlukan.
-Proses menerima, memproses, menyimpan maklumat di minda dan juga mengeluarkan maklumat kembali apabila diperlukan.

Lupaan
-Berlawan dengan ingatan
-Maklumat disimpan, tetapi tidak dapat dikeluarkan apabila diperlukan.
-3 jenis lupaan
1) Lupaan usang
2) Lupaan gangguan
3) Lupaan desakan.



TEORI PEMBELAJARAN

Isnin:2/8/2010


TEORI BEHAVIORIS

Tokoh:
1) Ivan Pavlov ( 1849-1936)
2) J.B Watson (1878-1958)
3)Edward L.Thorndike (1878-1958)

Prinsip:
(Thorndike)
- Ransangan dan gerak balas
- Peneguhan
-Hukuman: Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
(Pavlov)
-Pembelajaran semula
-Generalisasi, iaitu ransangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama.
- Diskriminasi
-Penghapusan
(Watson)
-Tingkah laku manusia adalah reflek dan terlazim.
-Semua pembelajaran adalah pelaziman klasik.
-Pembelajaran berlaku berdasarkan 2 prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaharuan.

TEORI KOGNITIF

Tokoh:
- Jean Piaget
- David Paul

Prinsip:
- Pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori.
- Menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mengetahuinya.

TEORI SOSIAL

Tokoh:
Carl Rogers

Prinsip:
- Individu mempunyai keinginan sendiri untuk belajar.

TEORI HUMANISME

Tokoh:
-Albert Bandura

Prinsip:
-Konsep kendiri positif akan memberi peneguhan positif.

Teori Pembelajaran dan Model Pengajaran

Isnin : 26/7/2010

PENGAJARAN
  • Merupakan aktiviti menghasilkan perubahan tingkah laku.
  • Pengajaran juga merupakan proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai.
PEMBELAJARAN
  • Merupakan proses menghasilkan perubahan tingkah laku.
  • Juga merupakan proses memperoleh kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai.
Proses pembelajaran:
1) Ransangan
2) Ingatan
3) Tingkah laku
4) Persekitaran

Prinsip pembelajaran:
1)Kesediaan belajar
2)Menyusun pembelajaran
3)Objektif
4)Motivasi
5)Jenaka

Jenis pembelajaran:
1)Formal-sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan guru yang terlatih.
2)Informal-main, sosial, pengalaman, pemerhatian.
3)Nonformal-seminar,kursus, bengkel, perkhemahan dan lain-lain.

Teori pembelajaran:
1)Kognitif
2)Behavioris
3)Humanisme
4)Sosial

Monday, July 19, 2010

PERMAINAN TRADISIONAL



6 July 2010 bersamaan hari selasa, kami telah membentangkan permainan tradisional secara amali
iaitu kami beramai-ramai telah memainkan permainan tersebut. Antara permainan yang telah
dimainkan adalah konda kondi, congkak, guli, batu seremban, teng teng, dan sebagainya.
Permainan tradisional banyak memainkan peranan dalam pembelajaran murid-murid.
Sebagai contoh, permainan guli dapat meningkatkan daya fokus murid-murid. Selain itu, permainan ini
dapat memberi peluang kepada murid untuk bersosialisasi dengan rakan-rakan dan juga
dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan pelajar.

GULI





Blog, murid dan alam belajar


Penghasilan blog ini adalah bagi memenuhi tugasan matapelajaran murid dan Alam Belajar. Segala intipati yang terkandung dan dicoret di dalam blog ini adalah berkenaan murid dan alam pembelajaran mereka sama ada di dalam kelas mahupun luar sekolah.


Jutaan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran ini iaitu Puan Jamilah Ismail yang telah memberi banyak tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini.